Kelas Asas Keusahawanan- Mencipta Logo Perniagaan

1 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 29 Februari 2024, Kelas Asas Keusahawanan mencipta logo perniagaan menggunakan aplikasi Canva telah diadakan. Kelas ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang asas penggunaan aplikasi Canva serta fungsinya. Peserta telah diajar tentang bagaimana untuk menggunakan tools yang terdapat dalam aplikasi Canva serta membuat logo perniagaan miliknya dengan kreativiti usahawan sendiri.

Program yang berlangsung sekitar jam 11.00 pagi dan berlangsung selama 1 jam ini juga turut diselit taklimat ringkas mengenai asas komponen komputer dan tayangan video Penyebaran Maklumat Palsu. Kelas tamat pada sekitar pukul 12.00 tengah hari. Kehadiran adalah salah seorang usahawan Tanjung Manis.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali